Wednesday, December 28, 2016

STPM : URUSAN TUKAR ALIRAN DAN SEKOLAH

Image result for be strong quotes tumblr
sebab ambil STPM ni jangan mudah give up

Salam alayki , sorry for the late update :(


 Okay so now lepas dah dapat tawaran and take note the important details *especially aliran dan sekolah , rasa tak puas hati / taknak terus dengan sains/sekolah jauh sangat/nak sekolah bagusss/taknak duduk asrama /taknak stay sekolah lama yang dah ada form 6 , bolehlah rujuk entri kat bawah ni . *APPLICABLE JUGAK TO THOSE YANG COLUMN SEKOLAH DIA KOSONG MACAM NI*

SEKOLAH : -

First and foremost , penempatan untuk STPM ni Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang handle.So, apa apa hal penempatan sila berurusan dgn PPD dekat dengan rumah *kalau nak sekolah dekat dgn rumah, * ATAU PPD yang cover sekolah yang korang nak masuk tu . Ni cara conventional la hahaha.

Nothing related to MAJLIS PEPERIKSAAN or JABATAN PELAJARAN (JP) setiap negeri but for JP , you can do some research on schools in that particular state yang offer form 6 and their PPD's .So bila nak google info kat internet , terus ambil no telefon PPD tempat sekolah tersebut.

Cth : SMK SYED MASHOR , PPD HULU SELANGOR .

Untuk sekolah agama , im not so sure jika anda masih perlu berurusan dgn PPD / Bahagian Pengajian Islam (BPI) sebab sekolah agama ni bawah mereka .

Or sometimes , some schools akan viralkan permohonan bagi kemasukan  ke tingkatan 6 for that year.Sila alert on any viral msg dekat whatsapp ke facebook dll.

Bagi urusan tukar aliran , as i mentioned before dekat previous entry, boleh saja diurus.Usually , urusan pertukaran aliran ni dibuat lepas orientation and biasalah , ciku kaunseling yang handle benda ni. Cara dia evaluate *kalau tak silap* , guna kuiz yang 3 huruf Holland tu , nak define minat korang menjurus towards sciences ke , arts and so on . Taktau sekolah lain lain , maybe cara pun berbeza :).

Thanks , see ya next entry !



NOTA KAKI YANG PENTING !: SILA BUAT RESEARCH BETUL BETUL SEBAB SUBJECTS OFFERED IN STPM IS BASED ON PACKAGES (GABUNGAN SUBJECTS ).JADI TANYALAH FORMER STPM STUDENTS SEKOLAH TU APA PAKEJ OFFERED AT THAT SCHOOL. OR GOOGLE SAMPAI LUBANG CACING ! *pasal subject packages , akn diulas di lain entry sebab its soo long XD (sembang je ni )


.








Thursday, December 22, 2016

STPM : TAWARAN

Image result for curious girl clipart




" Hmmm cane eh ? "

Sebelum korang mula baca , just nak inform that ini cerita zaman batch SPM 2015 tau.Maybe the system changes , well Malaysia kan ? XD

First , STPM ni tak payah mohon.Ulang suara , TAK PAYAH MOHON .

Instead of matrikulasi and asasi yg kena beli nombor pin dan mohon, STPM tak perlu.Apa yang korang perlu buat is tunggu official link untuk check yang korang tu dapat tak tawaran untuk stpm.

Tarikh ? Ini bergantung kementerian . Waktu kita orang dulu , dia keluar sama dengan hari tawaran rasmi matrikulasi keluar.Taktau lah korang kan , apa apa pun sila alert lah ye dah taktau nak cakap apa dah.

TIPS : Check pada waktu bukan "Panas" or else memang tak keluar result la cerita dia.Website crash XD . Check la lepas beberapa jam diwartakan keputusan rasmi keluar like official offer keluar pukul 12 kau check la pukul 2 .

Bila korang dah dapat check official offer korang tu , take note on these few things :

> aliran
> sekolah
> subject package offer by the school (in other entry/ies )

Untuk STPM , its either you will get aliran sains , kemanusiaan and agama .So if let say dapat sains tapi nak tukar , no worries lepas orientasi nanti bisa diurus (cikgu pun fahamlah ).Kalau yang dapat aliran agama dgn kemanusiaan ni , dok situ dendiam XD because from agama and kemanusiaan to science is a big NO (tak boleh tukar lah ).

Kedua , tengok sekolah mana korang dapat . Usually , korang akan dapat sekolah yang dekat dengan rumah korang.Usually , kalau sekolah asal ( sekolah form 1-5 ) korang ada offer program tingkatan 6 , insyaAllah sekolah tu jugak yg korang akan dapat , kalau tidak / sekolah tu takde kelas sains , again they will offer yg dekat dengan rumah.

Untuk aliran agama ada special case sikit because they will only offer you to sekolah agama menengah tinggi (SAMT ) despite anda dulu pelajar SMK ke SBPI ke and budak SAM of course lah dioffer ke SAMT kalau dapat aliran agama :). Macam aku , kalau aku ditawarkan ke aliran agama aku akan ditawarkan ke SAMT Kuala Kubu Bharu. Still they will offer you the nearest from your home but yang lainnya , its sekolah agama instead of smk that's all.

Untuk budak sekolah agama terutamanya/for those yang ambil subjek agama (PSI,PQS,ARAB), please take note that if you are previously a science student but your SPM result tk melayakkan anda utk ambil sciences for STPM , you will be offered aliran agama for your STPM.I am not that sure untuk arts student actually but rasanya sama sebab korang ambil subjek agama jugak kan ? But you may change to kemanusiaan and sekolah as well , jangan risau . (correct me if im wrong )

Other special case is for boarding school students yang jauh jauh like anda duduk selangor, sekolah dekat SBP di Perak , dalam offer letter korang kan column sekolah akan dikosongkan because PPD dekat dekat area rumah korang tu takda database korang.Same goes to budak sekolah agama jauh jauh (not where u r staying ) yang ambil sains dan dapat tawaran STPM aliran sains .

Thanks for reading !