Masing-masing keluar , berdiri dan di arah berkumpul. Di arah lagi sekali untuk mencari dan berkumpul kumpulan yang telah diberi di Masjid Negara sebentar tadi. Diberi taklimat and then terus mengorak langkah bersama demi mencari dan menyantuni para gelandangan belantara konkrit
//
Tak perlu berjalan jauh , ramai mula meminta-minta makanan yang kami bawa sebelum kami mula berjalan di lorong-lorong . Mereka tidak kisah , sekalipun ia hanyalah plastik yang mengandungi sebotol air ,sekotak air kotak dan roti gardenia 85 sen.
Tidak lama selepas itu , seorang senior yang menemani kami mendekati seorang pakcik ni . Got that typical homeless look , dia terus beri plastik yang berisi makanan tersebut.
Terus senior tersebut mulakan perbualan " Pakcik , nilah yang kami mampu ."
Pakcik tu balas " Takpa , terima kasih ."
"Pakcik , boleh kami sembang sikit tak ? Nak lah jugak tau macam mana pakcik boleh duduk dekat sini "
"Tak ada masalah "
Terus kami melabukan punggung masing-masing dekat lorong tu dan pakcik tersebut mulakan ceritanya.
.
.
.
"Pakcik dok sini tak nak menyusahkan anak , anak panggil dok dengan dorang."
"Pakcik ni asal Kota Bharu , Kelantan."
"Kenapa pakcik takmau balik ? "
"Taknak la menyusahkan anak-anak pakcik , takut pakcik tiba-tiba tak sedar terus terbunuh cucu pakcik "
"Pakcik pernah je bakar motor , baru pulak tu tapi tak sedar lah ."
.
..
.
.
..
.
"Dengan solatlah dia boleh kawal
pakcik punya otak ni dik . Tu lah life pakcik tiap hari , dok bawah stesen bas
ni , tengah hari jalan pergi masjid jamek , amik makanan lepastu
solat.Lepastu datang sini balik.Nak kerja, dah sakit macam ni.”
Senior bertanya " DBKL pernah ke
tangkap ?"
"Pernah tapi lepas pakcik tunjuk
sijil sakit pakcik , dorang bayar pakcik lagi."
As the conversations dah going deeper ,
aku pun tanya " Pakcik , kalau pakcik tengah tak sedar tu , pakcik Nampak
orang depan pakcik tu apa ?” *curious
sangat ni
“Oh, pakcik nampak keliling pakcik ni
semuanya iblis , pahtu datanglah suara suara suruh bunuh semua .”
“Dia mula jadi lepas pakcik accident ,
isteri dengan anak *tak semua * meninggal.”
“Pakcik ni pun tak ingat sangat ada anak
yang bawah , lagi dua tu.Yang atas ingat lagi”
“Pakcik ni dah stage empat dah ..”
Again , pakcik ni punya cara nak kawal
kewarasan dia are zikir and solat .
Allahu , and yet I thought all of this
only happened in Criminal Minds , or
only in the States.
//
Ni
baru satu.
Uncle yang kedua yang kami jumpa ni baru
je empat bulan jadi homeless , a Chinese apek . Datang KL nak kutip hutang .
Apparently , dia bagi hutang dekat gangster .
Jadi homeless sebab tak nak family dia
kena kacau dekat kampung .
Third one, Sabahan man.Baru 36 years old.
Tamat kontrak kerja dekat Pulau Pinang ,takde family,anak tunggal macam aku
.Datang KL nak cari kerja tapi tak jumpa.
Mujur makanan bukan masalah besar , Masjid
Jamek ada sediakan makanan percuma.
6 bulan jadi homeless.
Semakin jauh kami berjalan , kami jumpa
seorang gelandangan Cina ni , tidur. I was like “ Tak sejuk ke ?’’.Senior yang
menemani kami terus meminta plastik yang berada di tangan aku lalu meletakkan
plastik tersebut di hadapannya .
Then, one of my groupmates tanya to the
senior , “ Kalau kita letak macam tu je , orang tak curi ke ? ”
“Diorang ni kan, sesusah mana pun dia
orang kan , diorang takkan ambil orang punya makanan ,” balas senior tersebut.
Allahu Akbar , sedangkan ini gelandangan
yang memang desperate-kan makanan.
Yang terakhir , jadi gelandangan sejak
Oktober 2015.Muda jugak,36 tahunMemilih untuk hidup sebegitu sebab taknak susahkan
sesiapa , terutamanya ahli keluarga nya sendiri.Ada bekerja namun tak mampu nak
ada rumah.
Dulu , ada kedai.Masjid pun telah terbina
, sorang makmum dalam masjidnya namun jodoh tak panjang , bercerai. Anak nak
ikut ayahnya tapi takkan lah seorang ayah sanggup nak tengok anak sendiri tidur
berlapikkan kotak ?
Tambahan , si anak nak UPSR.
*note : all homeless are men
//
Jujur , rasa berbaur menulis semula
pengalaman ini.Makanya sebelum esei ini dinoktahkan , marilah kita mengambil
pengajaran dari kisah mereka *harapnya sampailah*
Mereka yang sanggup berkorban demi
keluarga
Mereka yang tabah mentalnya , tidak
merungut walau tak larat.
Mereka yang masih mampu tersenyum walau
sebenarnya malam tersebut tiada tempat tidur.
Paling penting untuk kita yang setakat ini
perjalanan hidupnya masih baik , bersyukurlah.Kalau kita dalam kesusahan ,
ingatlah yang bukan kita seorang yang susah.Bahkan ada yang jauh lebih susah
daripada kita.Syukurlah yang kita masih sihat, masih ada keluarga,masih boleh
bekerja
Hargai peluang untuk belajar *terutamanya
aku*.Sememangnya tiada kisah status akademik yang di-sembangkan, kita sendiri
maklum zaman sekarang dengan akademik kita mampu secure a place in the working
industry.Jadi,be the best in your studies *dll .Insya-Allah perjalanan hidup
akan lancar kerana Islam juga suruh kau jadi yang terbaik , bukan ?
Seperti yang kita sedia maklum , sebab
utama mereka menjadi gelandangan kerana tidak mampu menyewa atau membeli rumah
, disebabkan oleh masalah kewangan serta kos sara hidup yang kian naik *duit
hanya cukup untuk makan + bagi family , maybe* .
Jadi , sebagai individu yang bakal bekerja/bekerja
kita seharusnya RANCANG KEWANGAN dengan baik.Sediakan tabung simpanan.Jangan
asyik nak kejar #goals , nak fulfill #Bucketlist , nak bahagiakan orang lain
sampai sengkek .Bukan tak boleh , tapi ukur baju di badan sendiri dan beringat,
duit boleh habis. Simpan sikit.
Juga peruntukkan untuk sedekah jariah ,
Insya-Allah berkat harta , berkat hidup.
Yang sikit pun rasa cukup je.
Benar , Allah yang menentukan tapi Allah
menyukai hambanya yang berusaha .
Last but not least, get involved with the
society.Peduli.Cakna.Apa guna hidup hanya untuk menerima ? Selain itu , “jauh
pemandangan , luas pandangan” .
Sebelum ini , aku tak tahu that in
Malaysia people with mental problems do exist.
Moga esei ini berjaya membuka pandangan
ramai tentang homeless atau gelandangan . Kadang-kadang, mereka tak minta untuk
jadi macam ni .Tiada siapa pun minta. Mungkin jika ini kafarah buat mereka ,
don’t judge or maybe yang lebih accurate :
“You may judge , its normal.However, keep
it to yourself and selidik (?) .”
Terima kasih sudi membaca.Jika rasa esei
ni bagus , mohon share .
MOGA DAPAT AMBIL MASA UNTUK DUDUK DAN SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT .
alhamdulillah :) .
Nota kaki : ni sebenarnya task untuk
program santuni gelandangan. Maaf lambat abang faiz
//
No comments:
Post a Comment